Fakta yang tidak didedahkan.
Pelaburan unit amanah adalah terbaik dengan menggunakan wang anda sendiri BUKAN dengan wang pinjaman.
Jika anda meminjam, pastinya perlu dibayar jumlah pinjaman berserta dengan kadar pembiayaan asas (interest).
Yang PASTI, jumlah sebenar kewangan yang anda keluarkan untuk membayar semua pinjaman melebihi jumlah yang dilaburkan/dipinjamkan.
Yang PASTI, anda perlu membayar secara bulanan tanpa GAGAL. (jika gagal ada charge lain)
Yang PASTI, anda akan diberi PINJAMAN atas kelayakan gaji anda untuk melunaskan PINJAMAN. Jadi, sebagai contoh, anda layak diberi pinjaman RM50 000 untuk melabur dalam unit amanah dengan komitmen serta displin anda membayar secara bulanan sebanyak RM397.00 selama 15 tahun. Rujuk pada iklan dibawah. Jadi jika anda LAYAK dapat pinjaman, lebih baik anda melabur terus TANPA pinjaman.
Yang PASTI, anda terlibat dengan PINJAMAN konvensional jika anda MUSLIM. (jika tak silap saya, semua unit amanah harga tetap tak patuh SYARAK) jadi pinjaman biasanya diberikan oleh bank-bank konvensiona/.(boleh selidik atau tanya pegewai bank-bank)
Yang PASTI, anda telah 'menghadiahkan' satu nilai yang agak tinggi hasil dari pinjaman pelaburan yang anda telah lakukan.
Yang PASTI, anda sebenarnya mempunyai satu impian untuk meraih PULANGAN simpanan masa hadapan yang lebih, dengan mula melabur secara bulanan.
Yang PASTI, pemberi pinjaman/pihak bank PASTI meraih keuntungan terjamin dengan PINJAMAN anda.
YANG PASTI, anda telah BERJAYA menyekat diri anda untuk mendapat pinjaman lain seperti pinjaman perumahan kerana anda mempunyai KOMITMEN dalam skim melabur dengan PINJAMAN.
APA KATA, Jika ANDA Tukarkan PEMAHAMAN Pelaburan anda TANPA melibatkan PINJAMAN di unit amanah.
1. Pertama, anda perlu faham konsep pelaburan. Tanya pada diri sendiri, "aku ini melabur untuk hari ini atau untuk akan datang".(15 tahun lagi baru nak guna duit tu). Jika JAWAPANNYA untuk kegunaan akan datang, KENAPA perlu meminjam. Boleh mula dengan sedikit.
2. Kedua, jika anda ada kelayakan melabur setiap bulan seperti mana anda membayar pinjaman pelaburan. Tanya pada diri sendiri, KENAPA perlu ambil pinjaman?, sedangkan anda boleh melabur setiap bulan untuk kegunaan masa hadapan.
Tukar konsep SIMPANAN dalam PELABURAN.
Rujuk http://maaklmutual-bukhari.blogspot.com/2012/07/simpanan-dalam-pelaburan-untuk.html. (boleh tengok jadual anggaran PULANGAN dengan TETAPKAN SIMPANAN, serta PULANGAN lepas yang dicapai)
3. Ketiga, sedarkan diri JUMLAH pinjaman yang dilaburkan hanya akan dapat setelah kontrak TAMAT.(contoh tempoh pinjaman selama 15 tahun). Anda perlu sedar NILAI RM 50 000 pada ketika itu mungkin menjadi separuh atas FAKTOR INFLASI dan pelbagai lagi.
4. Keempat, sedarlah bahawa jika anda meminjam untuk melabur, anda telah terikat dengan kontrak. Tukarkan dengan mengikat kontrak melabur dengan diri sendiri yang pasti boleh meningkatkan PULANGAN. Bila TIADA kontark, pelaburan anda agak MUDAH dicairkan.
5. Kelima, gunakan KOMITMEN & DISPLIN membayar pinjaman bulanan kepada melabur secara bulanan yang boleh mengurangkan RISIKO kerugian serta boleh MENGOPTIMAKAN pulangan pelaburan anda.
*** boleh rujuk keratan bergambar dibawah apa yang sedang berlaku dalam sistem perancangan kewangan sekarang
Dibawah merupakan contoh yang membandingkan antara pelaburan unit amanah DENGAN pinjaman atau pelaburan unit amanah TANPA pinjaman dengan konsep SIMPANAN dalam PELABURAN
Kesimpulan yang boleh difahami:
1. Matlamat PelaburanAnda: Biasanya pelaburan adalah untuk kegunaan akan datang, jangka sederhana ke jangka panjang. Jadi, anda perlu jelaskan matlamat pelaburan anda adakah untuk kegunaan hari ini atau akan datang.
Apa yang saya difahamkan: Pihak yang memberi pinjaman ke atas pelaburan unit amanah mengatakan, sekiranya ada keuntungan, pinjaman boleh dibayar dengan keuntungan tersebut. Jadi, pelaburan ini penting untuk pemberi pinjaman atau pelabur?
2. Kontrak: Pelaburan dengan pinjaman terlibat dengan KONTRAK(perjanjian), maka perlanggaran kepada perjanjian mungkin dikenakan PENALTI. Di sini, siapa yang diikat KONTRAK?
Yang PASTI, dalam kontrak ini telah menetapkan jumlah bayaran balik PINJAMAN yang pasti melebihi melampau dari jumlah yang dipinjam.
Pinjam = RM 50,000
Tempoh Kontrak = 15 tahun
Bayar bulanan = RM 379
Jumlah Bayaran Keseluruhan = RM 71,460
Jadi, RM 21,460 ada lebihan perlu dibayar kepada Pihak Bank KONVENSIONAL.. Disini, siapa yang diJAMIN peroleh keuntungan?
LIHAT dana-dana unit amanah patuh syariah & tak patuh syariah lihat dalam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:
Sebagai PENCERAHAN untuk semua MUSLIM. BerILMU sebelum melabur. Hargai setiap wang yang ANDA laburkan.
Ulasan Ustaz Zaharuddin Mengulas Pelaburan Unit Amanah & Pelabur Perlu Ikut Suruhanjaya Sekuriti.