MULAKAN MELABUR SEKARANG!!!

Thursday, July 5, 2012

Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Amanah

Untuk mengetahui adakah anda LAYAK atau TIDAK LAYAK untuk pelaburan akaun 1 KWSP untuk pelaburan unit amanah. Beberapa perkara perlu diketahui, antaranya:

1. Kemaskini akaun KWSP, ambil jumlah akaun 1 keseluruhan.

2. Berpandukan jadual SIMPANAN ASAS dibawah, lihat umur anda sekarang & ambil jumlah SIMPANAN ASAS yang telah ditetap oleh KWSP tersebut.

3. Tolak jumlah keseluruhan akaun 1 dengan jumlah SIMPANAN ASAS.

4. Hasil dari tolak jumlah akaun  1 dengan jumlah SIMPANAN ASAS darabkan dengan 20/100.

5. Jika jawapan melebihi seribu(1000), maka layaklah melabur dalam unit amanah.



Sebagai contoh:

Anda berumur 35 tahun, akaun 1 anda berjumlah RM 89,000.00

Jadi,     Jumlah akuan 1 - Jumlah simpanan asas mengikut umur
             RM 89,000.00 - RM 29,000.00
             =   RM 60,000.00

Jumlah sebenar yang layak untuk pelaburan akaun 1 KWSP untuk kali pertama ialah,
             = 20/100 X (jumlah akaun 1 -jumlah simpanan asas mengikut umur)
             = 20/100 X RM 60,000.00
             = RM 12,000.00

Maka, RM 12,000.00 adalah jumlah yang LAYAK untuk dilaburkan.

                                                     
Rujuk Maklumat Pengeluaran Pelaburan Ahli:
http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1273 (refresh jika tidak dipautkan)



Jadual Dibawah adalah Jumlah Anggaran PULANGAN Sekiranya Anda LAYAK secara konsisten MELABUR setiap 3 bulan. Anggaran PULANGAN yang di anggarkan PURATA 10%. Anda boleh melihat pada umur anda sekarang sekiranya mula melabur, jangkaan PULANGAN akan datang pada UMUR 55 tahun seperti dalam jadual. Jika lambat anda mulakan pelaburan, PULANGAN anda mungkin berkurangan. 





No comments:

Post a Comment