MULAKAN MELABUR SEKARANG!!!

Sunday, April 8, 2012

Peraturan 72 Dalam Perancangan Kewangan


Peraturan 72
Kaedah Ringkas Untuk Masa untuk Menggandakan Wang …. Atau Hutang Anda?



1. Jika anda menyimpan RM10,000 dalam simpanan tetap hari ini dan memperoleh pulangan 3% setahun, adakah anda tahu berapa lama masa diambil untuk menggandakan wang anda(? Sebelum anda bergelut-gelut mencari kalkulator, biarlah diberikan jawapannya di sini iaitu 24 tahun. Bagaimana angka itu diperoleh hanya dalam masa beberapa saat? Mudah sahaja, dengan membahagikan 72 dengan 3 (kadar faedah simpanan tetap). Ya, 12 tahun ialah masa yang diambil untuk RM10,000 berganda menjadi RM20,000 (dengan andaian tiada sebarang tambahan deposit lain dibuat dalam tempoh masa itu)


Untuk mencari tempoh masa yang diperlukan untuk menggandakan wang anda.

2. “Peraturan72” ialah cara biasa yang boleh membantu pelabur mengira masa yang diambil untuk menggandakan wang mereka, dengan satu kadar faedah atau pulangan, sekiranya pelabur itu tidak menambah lagi pelaburannya dalam tempoh masa itu. Ini dinamakan Peraturan 72 kerana pada 10%, wang itu akan berganda setiap 7.2 tahun. Walau bagaimanapun, peraturan ini hanya boleh digunakan bagi membuat anggaran sahaja.



Untuk mencari kadar pulangan yang diperlukan untuk menggandakan portfolio pelaburan anda

3. Bahagikan 72 dengan jumlah tahun yang anda mahukan bagi wang anda berganda. Contohnya, jika anda mahu wang anda berganda dalam masa 10 tahun, anda memerlukan pulangan konsisten sebanyak 7.2% setahun daripada pelaburan anda.
Pengiraan: 72/X tahun = Y (% pulangan)
72/10 tahun = 7.2% pulangan.
Jika anda melabur RM10,000, dengan kadar pulangan 7.2% maka dalam 10 tahun, nilai digandakan menjadi RM20,000.



Untuk mengetahui berapa cepat hutang-hutang anda boleh berganda, terutama dengan kadar faedah yang tinggi

4. Jika anda meminjam RM10,000 pada kadar faedah 12%, hutang anda mengambil masa enam tahun untuk berganda menjadi RM20,000, sekiranya anda tidak membuat sebarang bayaran. Jadi, bayarlah hutang kad kredit anda sekarang!
Pengiraan: 72/Y (kadar faedah) = X tahun
72/12 = 6 tahun


Untuk menunjukkan kadar INFLASI boleh menurunkan separuh daripada kuasa belian anda

5. Bagi mereka yang masih gemar menyimpan wang di bawah tilam, peraturan ini menunjukkan kepada anda bagaimana kadar inflasi boleh menyebabkan nilai wang anda boleh merosot hingga separuh. Kuasa membeli anda terbatas kerana nilai wang anda mengecil. Misalnya, jika kadar inflasi dianggarkan 3%, wang anda hanya bernilai separuh daripada nilai asalnya dalam tempoh 24 tahun. Jadi, jika anda mempunyai RM1,000 hari ini, wang itu hanya bernilai RM500 dalam tempoh 24 tahun akan datang. Ini, sudah tentu, dengan andaian kadar inflasi kekal sepanjang tempoh tersebut.
Pengiraan:72/ W (kadar inflasi)
72/3 (kadar inflasi)

Thursday, April 5, 2012

Jumlah Caruman KWSP Dikaji Semula




Keratan Sinar Harian 3 APRIL 2012

Simpanan KWSP untuk persaraan tidak mencukupi




 





 
 
 






 

Pelbagaikan Pelaburan Cara Lebih SELAMAT

Pelbagaikan Agihan Pelaburan ANDA Mengikut Tahap Risiko Yang MAMPU Di Hadapi Serta Matlamat Kewangan Seperti Yang Mahu DiCAPAI





Perkongsian maklumat pelaburan dari keratan akhbar SIDC