MULAKAN MELABUR SEKARANG!!!

Friday, October 26, 2012

Potensi Pelaburan Dalam Dana Unit Amanah


Berdasarkan pengalaman & kefahaman yang dapat selama dalam industri unit amanah. Unit amanah merupakan satu kaedah yang dapat memberi ruang kepada pelabur untuk mendapat pulangan yang lebih baik dengan sokongan dari sistem teknologi pengurusan dana & rundingan dengan perunding unit amanah dalam strategi pelaburan mengikut keadaan pasaran saham semasa.

Sebagai contoh:

Dana Al Fauzan

Dikategori dalam dana islamik ekuiti (pendapatan) dimana pengagihan unit atas pelaburan secara tahunan.





Pengagihan PULANGAN kasar 2012 sebanyak 3.00 sen perunit







Biasanya dalam unit amanah, ketika kenaikan pasaran saham. Bagi saham yang portfolionya pelaburannya yang seiring mengikut kenaikan pasaran saham. Nilai harga seunit dana meningkat juga.

Biasanya pada situasi ini, dana tersebut akan ada pulangan dalam setahun seperti contoh dana al fauzan diatas 3.00 sen perunit.

Cuba perhatian pada graf al fauzan dibawah. Harga seunit dana meningkat & kemudian ada pengagihan unit keatas jumlah dana keseluruhan.

Keadaan ini menyebabkan harga seunit dana lebih rendah setelah pengagihan unit dana berlaku.

Kesimpulannya: Pelaburan unit amanah sangat sesuai kepada pelabur untuk jangka sederhana ke jangka panjang. Semasa pasaran saham tinggi, kebiasanya harga seunit juga tinggi dan begitulah sebaliknya.

Ketika melabur di pasaran saham tinggi, sebagai pelabur, jumlah unit yang diperoleh adalah sedikit tapi kemungkinan ada pertambahan unit disebabkan pengagihan unit yang berlaku atas pulangan tahunan dana.

Ketika melabur di pasaran saham rendah, sebagai pelabur, jumlah unit yang diperolehi adalah lebih banyak kerana harga seunit saham adalah jauh rendah. Kemungkinan tiada pengagihan unit ketika pasaran saham rendah.

Jadi sebagai pelabur, melabur pada pasaran tinggi atau rendah tetap ada peluang untuk meraih keuntungan. Cuma perlu sentiasa mengatur pengagihan dalam pelaburan mengikut kesesuaian pasaran saham semasa. Perbincangan yang jelas antara perunding dan pelabur unit amanah amat penting untuk mendapat pulangan terbaik dalam pelaburan.






Sebagai contoh jumlah pengagihan unit keatas pelaburan pelabur dana al fauzan






MAAKL Declares Gross Distribution for MAAKL Al-Fauzan

KUALA LUMPUR, 1 OCTOBER 2012 - MAAKL (pronounced as ‘mac kle’) Mutual today declared a gross distribution of 3.00 sen per unit for its MAAKL Al-Fauzan for the financial year ended 30 September 2012.

All unit holders who maintained their units in MAAKL Al-Fauzan as at 30 September 2012 are entitled to receive the distribution, which represents a yield of 8.67%*.

MAAKL Al-Fauzan is an Islamic equity income fund. The Fund seeks to provide unit holders with a steady recurring income that is potentially higher than the prevailing General Investment
Account (GIA) rates. At the same time, the Fund also attempts to attain medium- to long-term capital appreciation.

Mr. Wong Boon Choy, Chief Executive Officer and Executive Director of MAAKL said, “We are pleased with MAAKL Al-Fauzan’s performance to date. According to The Edge-Lipper Fund Table, MAAKL Al-Fauzan delivered a three-year and five-year return of 45.41% and 51.43% respectively as at 7 September 2012. Despite the uncertain and volatile market, our fund managers have performed admirably, and we will continuously strive to create value by offering good returns to our investors.”

MAAKL Al-Fauzan is designed for investors who prefer a regular income stream, stable investment returns and potential for medium- to long-term capital appreciation of between 3 and
5 years. It is suitable for conservative investors who seek relatively higher returns than GIA rates but are averse to higher risks associated with high equity exposures, and investments which comply with Shariah requirements.

* Based on average net asset value per unit from 1 October 2011 to 22 August 2012




Thursday, September 20, 2012

KWSP: Pelaburan Tanpa WANG Tunai

Ahli KWSP seperti anda diberi PILIHAN untuk menentukan JUMLAH DANA PERSARAAN setelah anda BERSARA nanti.

Anda sepatutnya maklum, KWSP memberi ruang kepada anda untuk melaburkan lebihan AKAUN 1 yang LAYAK untuk pelaburan unit amanah.

Dengan peluang PELABURAN yang diBENARkan ini, anda boleh memilih pelbagai syarikat unit amanah. Jika di MAAKL Mutual BHD, anda lebih berkeyakinan kerana MAAKL Mutual BHD memiliki latar belakang pengurusan yang berpengalaman dalam industri, menggunakan aplikasi pemantau terbaik serta tercanggih yang memudahkan dalam pengurusan pelaburan. Selain itu MAAKL Mutual BHD komited dalam memberi PULANGAN kepada pelabur dengan berkerjasama dengan syarikat pengurusan dana lain yang dilantik.

Rujuk sini untuk Info Kenapa MAAKL Mutual BHD lebih lanjut:

Testimoni Pelaburan ahli KWSP dalam Unit Amanah





 
Jadi, jangan bertangguh lagi boleh hubungi saya 019 262 5241 untuk keterangan berkaitan pelaburan unit amanah. Pelaburan sekarang menentukan peluang PULANGAN di masa akan datang.
 

Thursday, July 19, 2012

Pelaburan Unit Amanah Dengan Pinjaman?


Fakta yang tidak didedahkan.


Pelaburan unit amanah adalah terbaik dengan menggunakan wang anda sendiri BUKAN dengan wang pinjaman.

Jika anda meminjam, pastinya perlu dibayar jumlah pinjaman berserta dengan kadar pembiayaan asas (interest).

Yang PASTI, jumlah sebenar kewangan yang anda keluarkan untuk membayar semua pinjaman melebihi jumlah yang dilaburkan/dipinjamkan.

Yang PASTI, anda perlu membayar secara bulanan tanpa GAGAL. (jika gagal ada charge lain)

Yang PASTI, anda akan diberi PINJAMAN atas kelayakan gaji anda untuk melunaskan PINJAMAN. Jadi, sebagai contoh, anda layak diberi pinjaman RM50 000 untuk melabur dalam unit amanah dengan komitmen serta displin anda membayar secara bulanan sebanyak RM397.00 selama 15 tahun. Rujuk pada iklan dibawah. Jadi jika anda LAYAK dapat pinjaman, lebih baik anda melabur terus TANPA pinjaman.

Yang PASTI, anda terlibat dengan PINJAMAN konvensional jika anda MUSLIM. (jika tak silap saya, semua unit amanah harga tetap tak patuh SYARAK) jadi pinjaman biasanya diberikan oleh bank-bank konvensiona/.(boleh selidik atau tanya pegewai bank-bank)

Yang PASTI, anda telah 'menghadiahkan' satu nilai yang agak tinggi hasil dari pinjaman pelaburan yang anda telah lakukan.

Yang PASTI, anda sebenarnya mempunyai satu impian untuk meraih PULANGAN simpanan masa hadapan yang lebih, dengan mula melabur secara bulanan.
 
Yang PASTI, pemberi pinjaman/pihak bank PASTI meraih keuntungan terjamin dengan PINJAMAN anda. 
 
YANG PASTI, anda telah BERJAYA menyekat diri anda untuk mendapat pinjaman lain seperti pinjaman perumahan kerana anda mempunyai KOMITMEN dalam skim  melabur dengan PINJAMAN.



APA KATA, Jika ANDA Tukarkan PEMAHAMAN Pelaburan anda TANPA melibatkan PINJAMAN di unit amanah.

1. Pertama, anda perlu faham konsep pelaburan. Tanya pada diri sendiri, "aku ini melabur untuk hari ini atau untuk akan datang".(15 tahun lagi baru nak guna duit tu). Jika JAWAPANNYA untuk kegunaan akan datang, KENAPA perlu meminjam. Boleh mula dengan sedikit.

2. Kedua, jika anda ada kelayakan melabur setiap bulan seperti mana anda membayar pinjaman pelaburan. Tanya pada diri sendiri, KENAPA perlu ambil pinjaman?, sedangkan anda boleh melabur setiap bulan untuk kegunaan masa hadapan.
Tukar konsep SIMPANAN dalam PELABURAN.
 
 
Rujuk http://maaklmutual-bukhari.blogspot.com/2012/07/simpanan-dalam-pelaburan-untuk.html. (boleh tengok jadual anggaran PULANGAN dengan TETAPKAN SIMPANAN, serta PULANGAN lepas yang dicapai)
 

3. Ketiga, sedarkan diri JUMLAH pinjaman yang dilaburkan hanya akan dapat setelah kontrak TAMAT.(contoh tempoh pinjaman selama 15 tahun). Anda perlu sedar NILAI RM 50 000 pada ketika itu mungkin menjadi separuh atas FAKTOR INFLASI dan pelbagai lagi.

4. Keempat, sedarlah bahawa jika anda meminjam untuk melabur, anda telah terikat dengan kontrak. Tukarkan dengan mengikat kontrak melabur dengan diri sendiri yang pasti boleh meningkatkan PULANGAN. Bila TIADA kontark, pelaburan anda agak MUDAH dicairkan.

5. Kelima, gunakan KOMITMEN & DISPLIN membayar pinjaman bulanan kepada melabur secara bulanan yang boleh mengurangkan RISIKO kerugian serta boleh MENGOPTIMAKAN pulangan pelaburan anda.

*** boleh rujuk keratan bergambar dibawah apa yang sedang berlaku dalam sistem perancangan kewangan sekarang







Dibawah merupakan contoh yang membandingkan antara pelaburan unit amanah DENGAN pinjaman atau pelaburan unit amanah TANPA pinjaman dengan konsep SIMPANAN dalam PELABURAN

Kesimpulan yang boleh difahami:

1. Matlamat PelaburanAnda: Biasanya pelaburan adalah untuk kegunaan akan datang, jangka sederhana ke jangka panjang. Jadi, anda perlu jelaskan matlamat pelaburan anda adakah untuk kegunaan hari ini atau akan datang.

Apa yang saya difahamkan: Pihak yang memberi pinjaman ke atas pelaburan unit amanah mengatakan, sekiranya ada keuntungan, pinjaman boleh dibayar dengan keuntungan tersebut. Jadi, pelaburan ini penting untuk pemberi pinjaman atau pelabur?

2. Kontrak: Pelaburan dengan pinjaman terlibat dengan KONTRAK(perjanjian), maka perlanggaran kepada perjanjian mungkin dikenakan PENALTI. Di sini, siapa yang diikat KONTRAK?

Yang PASTI, dalam kontrak ini telah menetapkan jumlah bayaran balik PINJAMAN yang pasti melebihi melampau dari jumlah yang dipinjam.

Pinjam = RM 50,000
Tempoh Kontrak = 15 tahun
Bayar bulanan = RM 379
Jumlah Bayaran Keseluruhan = RM 71,460

Jadi, RM 21,460 ada lebihan perlu dibayar kepada Pihak Bank KONVENSIONAL.. Disini, siapa yang diJAMIN peroleh keuntungan?



 
 
LIHAT dana-dana unit amanah patuh syariah & tak patuh syariah lihat dalam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:
 
 
Sebagai PENCERAHAN untuk semua MUSLIM. BerILMU sebelum melabur. Hargai setiap wang yang ANDA laburkan.
 
 
 
 
Ulasan Ustaz Zaharuddin Mengulas Pelaburan Unit Amanah & Pelabur Perlu Ikut Suruhanjaya Sekuriti.
 

Thursday, July 12, 2012

Pencapaian Terbaru Tertinggi FBM KLCI ditutup pada 1,629.45 mata pada 11 Julai 2012



Wednesday, July 11, 2012

Simpanan Dalam Pelaburan Untuk Maksimakan PULANGAN

Jika anda simpan di tempat-tempat biasa yang pulangan sekitar 1% ke 3% setahun. Untuk jangkamasa panjang, jumlah dana yang berjaya anda kumpulkan/gandakan sangat sedikit. Ini belum diambilkira kenaikan INFLASI & Peningkatan Kos Perbelanjaan Anda.

Jadi sekiranya anda bercadang untuk menikmati PULANGAN yang maksima dalam simpanan anda untuk jangka sederhana ke jangka panjang, unit amanah boleh menjadi satu keperluan anda SEKARANG.

* Cadangan dalam jadual dibawah amat sesuai kepada anda yang suka menyimpan untuk apa sahaja perancangan kewangan di masa hadapan seperti pergi umrah, beli rumah baru, untuk pendidikan anak-anak dan lain-lain.

Simpanan Bermula Minimum RM1000 dan Tingkatkan Simpanan RM100 Minimum Setiap Bulan Dalam Dana Ekuiti  dan Anggaran Pulangan Untuk Jangka Sederhana Ke Panjang Seperti Di Bawah:
(kaedah ini juga dipanggil Dollar Cost Averaging) https://www.maaklmutual.com.my/document/smartmoves/April280406.pdf
 


Antara PULANGAN dana syariah yang pernah dicapai tahun-tahun sebelum ini.

Untuk Pengetahuan Anda, MAAKL Mutual BHD memiliki PERISIAN tercanggih di Asia Pasifik dalam Pemantaun Perancangan Kewangan.

Ini sangat membantu pelabur & perunding unit amanah memantau dan menguruskan serta pengagihan setiap pelaburan bergantung kepada PASARAN semasa pada ketika itu.
https://www.maaklmutual.com.my/document/smartmoves/july280705.pdf

Untuk Pengetahuan Anda juga, bagi mendapat PULANGAN yang TINGGI, dana ekuiti adalah menjadi PILIHAN pelabur unit amanah. http://maaklmutual-bukhari.blogspot.com/2012/04/pelbagaikan-pelaburan-cara-lebih.html

Sekiranya berlaku kenaikan atau penurunan harga seunit dana, dengan MAAKL Home Office segalanya boleh dilakukan dalam talian. https://www.maaklmutual.com.my/Pages/AUs/Awards/Awards.aspx
https://www.maaklmutual.com.my/Html/07_Online_Switching.htm

Keadaan ini membantu pelabur untuk meraih PULANGAN yang lebih baik

Friday, July 6, 2012

Kos Penangguhan Untuk Melabur


Jadual dibawah menunjukan Wang Terkumpul pada umur 65 tahun jika Anda mulakan Simpanan dalam Tabungan mengikut umur anda sekarang. Simpanan RM100 sebulan (RM 1,200 setahun) sehingga umur 65 tahun dengan anggaran pulangan adalah 10 peratus setahun sehingga  umur 65 tahun. Jika berlaku PENANGGUHAN, anggaran kerugian seperti dalam jadual.





Thursday, July 5, 2012

Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Amanah

Untuk mengetahui adakah anda LAYAK atau TIDAK LAYAK untuk pelaburan akaun 1 KWSP untuk pelaburan unit amanah. Beberapa perkara perlu diketahui, antaranya:

1. Kemaskini akaun KWSP, ambil jumlah akaun 1 keseluruhan.

2. Berpandukan jadual SIMPANAN ASAS dibawah, lihat umur anda sekarang & ambil jumlah SIMPANAN ASAS yang telah ditetap oleh KWSP tersebut.

3. Tolak jumlah keseluruhan akaun 1 dengan jumlah SIMPANAN ASAS.

4. Hasil dari tolak jumlah akaun  1 dengan jumlah SIMPANAN ASAS darabkan dengan 20/100.

5. Jika jawapan melebihi seribu(1000), maka layaklah melabur dalam unit amanah.



Sebagai contoh:

Anda berumur 35 tahun, akaun 1 anda berjumlah RM 89,000.00

Jadi,     Jumlah akuan 1 - Jumlah simpanan asas mengikut umur
             RM 89,000.00 - RM 29,000.00
             =   RM 60,000.00

Jumlah sebenar yang layak untuk pelaburan akaun 1 KWSP untuk kali pertama ialah,
             = 20/100 X (jumlah akaun 1 -jumlah simpanan asas mengikut umur)
             = 20/100 X RM 60,000.00
             = RM 12,000.00

Maka, RM 12,000.00 adalah jumlah yang LAYAK untuk dilaburkan.

                                                     
Rujuk Maklumat Pengeluaran Pelaburan Ahli:
http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1273 (refresh jika tidak dipautkan)



Jadual Dibawah adalah Jumlah Anggaran PULANGAN Sekiranya Anda LAYAK secara konsisten MELABUR setiap 3 bulan. Anggaran PULANGAN yang di anggarkan PURATA 10%. Anda boleh melihat pada umur anda sekarang sekiranya mula melabur, jangkaan PULANGAN akan datang pada UMUR 55 tahun seperti dalam jadual. Jika lambat anda mulakan pelaburan, PULANGAN anda mungkin berkurangan. 





Wednesday, July 4, 2012

Potensi Untuk Pelabur Mengeluarkan Akaun 1 KWSP

Fakta Yang Tidak Didedahkan:

1. Jumlah caruman kelayakan Semua Ahli KWSP untuk melabur unit amanah pada tahun 2010 berjumlah RM 37 billion. 

2. Ahli KWSP yang telah menggunakan Wang KWSP  akaun 1 untuk melabur dalam unit amanah pada tahun 2010 hanya berjumlah RM 4.4 billion.

Ini bermaksud masih ramai ahli KWSP yang LAYAK MELABUR, TAPI belum melabur dalam unit amanah untuk meningkatkan jumlah DANA PERSARAAN.


Jadi, jika ANDA mempunyai kelayakan MELABUR menggunakan akaun 1 KWSP, jangan MENANGGUH lagi, MELABUR sekarang untuk DANA PERSARAAN yang lebih baik.

Sumber: Bank Negara Malaysia 2010 & Laporan Tahunan KWSP 2011



Sunday, April 8, 2012

Peraturan 72 Dalam Perancangan Kewangan


Peraturan 72
Kaedah Ringkas Untuk Masa untuk Menggandakan Wang …. Atau Hutang Anda?



1. Jika anda menyimpan RM10,000 dalam simpanan tetap hari ini dan memperoleh pulangan 3% setahun, adakah anda tahu berapa lama masa diambil untuk menggandakan wang anda(? Sebelum anda bergelut-gelut mencari kalkulator, biarlah diberikan jawapannya di sini iaitu 24 tahun. Bagaimana angka itu diperoleh hanya dalam masa beberapa saat? Mudah sahaja, dengan membahagikan 72 dengan 3 (kadar faedah simpanan tetap). Ya, 12 tahun ialah masa yang diambil untuk RM10,000 berganda menjadi RM20,000 (dengan andaian tiada sebarang tambahan deposit lain dibuat dalam tempoh masa itu)


Untuk mencari tempoh masa yang diperlukan untuk menggandakan wang anda.

2. “Peraturan72” ialah cara biasa yang boleh membantu pelabur mengira masa yang diambil untuk menggandakan wang mereka, dengan satu kadar faedah atau pulangan, sekiranya pelabur itu tidak menambah lagi pelaburannya dalam tempoh masa itu. Ini dinamakan Peraturan 72 kerana pada 10%, wang itu akan berganda setiap 7.2 tahun. Walau bagaimanapun, peraturan ini hanya boleh digunakan bagi membuat anggaran sahaja.



Untuk mencari kadar pulangan yang diperlukan untuk menggandakan portfolio pelaburan anda

3. Bahagikan 72 dengan jumlah tahun yang anda mahukan bagi wang anda berganda. Contohnya, jika anda mahu wang anda berganda dalam masa 10 tahun, anda memerlukan pulangan konsisten sebanyak 7.2% setahun daripada pelaburan anda.
Pengiraan: 72/X tahun = Y (% pulangan)
72/10 tahun = 7.2% pulangan.
Jika anda melabur RM10,000, dengan kadar pulangan 7.2% maka dalam 10 tahun, nilai digandakan menjadi RM20,000.



Untuk mengetahui berapa cepat hutang-hutang anda boleh berganda, terutama dengan kadar faedah yang tinggi

4. Jika anda meminjam RM10,000 pada kadar faedah 12%, hutang anda mengambil masa enam tahun untuk berganda menjadi RM20,000, sekiranya anda tidak membuat sebarang bayaran. Jadi, bayarlah hutang kad kredit anda sekarang!
Pengiraan: 72/Y (kadar faedah) = X tahun
72/12 = 6 tahun


Untuk menunjukkan kadar INFLASI boleh menurunkan separuh daripada kuasa belian anda

5. Bagi mereka yang masih gemar menyimpan wang di bawah tilam, peraturan ini menunjukkan kepada anda bagaimana kadar inflasi boleh menyebabkan nilai wang anda boleh merosot hingga separuh. Kuasa membeli anda terbatas kerana nilai wang anda mengecil. Misalnya, jika kadar inflasi dianggarkan 3%, wang anda hanya bernilai separuh daripada nilai asalnya dalam tempoh 24 tahun. Jadi, jika anda mempunyai RM1,000 hari ini, wang itu hanya bernilai RM500 dalam tempoh 24 tahun akan datang. Ini, sudah tentu, dengan andaian kadar inflasi kekal sepanjang tempoh tersebut.
Pengiraan:72/ W (kadar inflasi)
72/3 (kadar inflasi)