MULAKAN MELABUR SEKARANG!!!

Teknik Pelaburan Unit Amanah

Ada Pelbagai Teknik Pelaburan Yang Boleh Saya Kongsikan Disini(Ini Saranan Saya). Anda Perlu Memahami hakikat sebenar sifat-sifat unit amanah antaranya ialah:
1. Harga unit amanah berubah-ubah setiap hari pasaran saham diniagakan.
2. Setiap dana mempunyai profail yang berlainan.(Ini perlu dijelaskan oleh penasihat unit amanah kerana inin melibat strategi pelaburan)

1. Kaedah Lum Sum (Tunai Tanpa Tambahan)
    Jika anda ingin mencuba kaedah ini, sebaik-baiknya perlu melabur ketika pasaran benar-benar di paras rendah atau untuk pelaburan melebihi 3 hingga ke 5 tahun. Tapi jika pasaran dalam situasi sentiasa menaik(tiada penurunan), maka keuntungan mungkin boleh diperolehi dengan pantas.

Graf dibawah menunjukan peratus kenaikan(keuntungan) jika melabur Lum Sum untuk 5 tahun.
Peratusan yang tertera antara 1 JAN 2007 hingga 31 Disember 2011 tanpa mengambilkira alihan dana dalam tempoh tersebut serta tanpa mengambilkira pertambahan unit hasil dari pengagihan dividen tahunan setiap dana.

Jika pelabur ada membuat alihan dana semasa kenaikan atau penurunan harga seunit saham, keuntungan PASTI melebihi dari yang tertera. Itulah kelebihan yang berada  di MAAKL Mutual BHD, "Online Switching" yang amat berkesan dalam membuat percaturan pelaburan bagi setiap pelabur.




Pautan: https://www.maaklmutual.com.my/MaaklHo/Forms/Compare/FundIndexComparison.aspx



2. Kaedah Lum Sum & Ada Tambahan Semasa Harga Seunit Rendah

Situasi pasaran saham tidak boleh diramal sama akan naik atau menurun. Keadaan ini merupakan sifat pasaran saham yang memberi kesan kepada industri unit amanah.

Sebagai pelabur, anda perlu ada persediaan dari segi kefahaman berkaitan pelaburan unit amanah. Jadi semasa pelaburan anda di unit amanah di lakukan anda secara langsung tidak mengetahui arah sebenar setiap pelaburan anda itu sama ada akan meningkat naik atau sebaliknya.

Sebagai pelabur juga, anda sepatutnya tidak meramal hanya akan melabur pada ketika harga dana seunit rendah. Jadi pelaburan anda perlu berlandaskan keadaan pasaran saham pada ketika itu.

Jadi sekiranya anda melabur lum sum(sekaligus dalam satu dana atau pelbagai kategori dana), selepas beberapa hari atau bulan, didapati harga seunit anda menurun katakan sehingga -50% dari harga asal seunit dana.

Contoh:
                                  Harga semasa melabur RM0.40 seunit
                                  Harga menurun sehingga -25% dari harga semasa mula melabur.
                                  Jadi harga menurun itu ialah RM0.20 seunit

Sekiranya keadaan penurunan harga berlaku selepas pelaburan lump sum. Langkah yang terbaik pada ketika ini ialah menambah pelaburan. Ini kerana kita dapat merendahkan harga seunit yang telah kita ada sekarang.

Contoh:                    Anda Melabur RM5000 pada ketika harga seunit RM0.40
                                 Jadi unit anda yang terkumpul ialah 12 500 unit.

                                 Harga seunit menurun kepada RM0.20
                                 Ketika ini anda menembah pelaburan sebanyak RM2000
                                 Jadi, jumlah unit baru ialah 10 000 unit.

                                Jumlah keseluruhan pelaburan anda ialah  RM 7000
                                Jumlah keseluruhan unit anda yang terkumpul ialah 22 500 unit.
                                Purata seunit sebenar sekarang ialah RM7000/22 500 = RM 0.31seunit
                                Jadi purata seunit sekarang lebih rendah dari pelaburan lump sum  
                                terdahulu

Kebiasanya, jika satu -satu dana yang dikendalikan oleh Pengurus Dana Yang Berpengalaman. Harga seunit dana unit amanah yang menurun boleh kembali naik atau mencecah ke harga seunit yang tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya.

Jadi sekiranya harga naik mencecah harga awal pelaburan menjadi RM0.40
Maka, nilai semasa ketika itu ialah 22 500 X RM0.40 = RM9000
Ini menunjukan pertumbuhan modal telah berlaku dari RM7000 keseluruhannya menjadi RM9000 sekarang.








Akan disambung............


Harap bersabar, akan dikongsi